Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    HK putuskan pelonggaran lanjut COVID tidak lama lagi

    HONG KONG, 20 SEPT – Ketua Hong Kong hari ini mengatakan dia akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai pelonggaran lanjut sekatan koronavirus, ketika penduduk dan perniagaan mengecam peraturan kuarantin yang membuatkan hab kewangan itu terasing lebih dua tahun.

    “Kami akan membuat keputusan tidak lama lagi dan memaklumkannya kepada umum,” Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee memberitahu wartawan.

    “Kami mahu berhubung dengan pelbagai tempat di dunia. Kami mahukan pembukaan secara teratur,” katanya.

    Ulasan Lee dibuat ketika seorang pegawai kanan China turut memberi petunjuk menyokong pelonggaran sekatan pada satu taklimat.

    “Ia adalah normal untuk Hong Kong menyesuaikan dan memperbaiki langkah-langkah antiepidemik sejajarnya,” timbalan pengarah Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau China, Huang Liuquan memberitahu wartawan di Beijing.

    Hong Kong telah mematuhi peraturan versi sama dengan sifar COVID China sepanjang pandemik, menjejaskan ekonomi dan menambahkan lagi penghijrahan cendekiawan ke hab perniagaan saingan yang mula membukakan perniagaan. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...