HONG KONG, 2 NOV – Pihak berkuasa Hong Kong mengumumkan telah mencatat rekod setelah merampas lebih setengah tan methamphetamine hari ini, mengatakan pandemik koronavirus telah membawa para penyeludup kepada penghantaran kapal berisiko daripada menggunakan keldai dadah yang lazimnya.
Dadah kristal meth itu – dilaporkan bernilai HK$300 juta (AS$39 juta) – telah ditemui Khamis lalu dan disembunyikan dalam kontena kapal dengan kargo diisytiharkan sebagai beg-beg simen, kata para pegawai.
Penghantaran itu menuju dari Vietnam ke Australia, namun laluannya yang luar biasa itu telah menimbulkan rasa syak.
Kontena yang berasal dari Mexico itu, melalui Korea Selatan dan kemudian kekal di Vietnam selama tiga bulan sebelum berlayar ke Hong Kong.
“Kami percaya penyeludup cuba untuk mengelak siasatan dan pengawasan kastam dengan mereka laluan berbelit luar biasa itu,” kata Barry Chu, Ketua Biro Siasatan Dadah Kastam memberitahu wartawan.
Chu berkata pandemik, yang secara dramatiknya telah menghambat perjalanan antarabangsa, telah menyekat salah satu kaedah pengangkutan boleh dipercayai dan boleh dikorbankan bagi kartel dadah – iaitu penggunaan ‘keldai’ manusia. – AFP
