Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    HK sedia hadapi taufan Nalgae

    HONG KONG, 2 NOV – Sekolah dan pejabat diarah tutup dan beberapa acara dibatalkan di Hong Kong hari ini ketika Ribut Tropika Nalgae menghampiri kawasan selatan bandar itu.

    Bagaimanapun, persidangan kewangan yang bertujuan untuk memulihkan imej Hong Kong sebagai pusat perniagaan antarabangsa tetap diteruskan, manakala penempatan sementara dibuka dan taman tema ditutup.

    Aktiviti pelaburan di pasaran saham pula digantung tengah hari tadi, manakala beberapa perkhidmatan feri dan bas dihentikan.

    Badan pemantau cuaca Hong Kong mengeluarkan isyarat taufan nombor lapan hari ini, iaitu amaran ketiga tertinggi dalam sistem cuaca bandar itu, ketika kelajuan angin maksimum Nalgae mencecah 90km/sj.

    Ramalan lewat tengah hari tadi menjangkakan ribut tropika itu bergerak dalam lingkungan 100 kilometer dari Hong Kong, merentasi perairan di selatan bandar itu sebelum tiba ke selatan China esok.

    Meskipun Nalgae dijangka menjadi semakin lemah, hujan diramalkan menjadi lebih kerap di seluruh rantau itu malam ini.

    Amaran taufan peringkat lapan, yang mewajibkan pekerja pulang ke rumah, akan dikekalkan sehingga sekurang-kurangnya jam 10 malam waktu tempatan, dengan status amaran selepas itu bergantung pada kekuatan ribut dan jaraknya dari Hong Kong.

    Nalgae sudah meragut lebih 130 nyawa di Filipina beberapa hari lalu sebelum bergerak menghampiri kawasan tenggara dan selatan pesisir China.

    Ribut tropika itu yang berada kira-kira 130 kilometer dari Hong Kong setakat jam 5 petang tadi, dijangka membawa angin dengan kelajuan 63 km/sj atau lebih kuat. – AP

    Kelihatan pembentukan awan ribut di pelabuhan Hong Kong ketika Ribut Tropika Nalgae menghampiri kawasan selatan bandar itu, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...