MOSCOW, 12 OKT – Agensi meteorologi Hong Kong bersiap sedia untuk mengeluarkan amaran tahap lapan berikutan ribut tropika Kompasu diramal melanda Hong Kong, lapor Sputnik. Setakat ini, amaran tahap tiga sudah dikeluarkan, bermakna kelajuan angin dijangka antara 41-62 kilometer sejam. Tahap amaran paling tinggi ialah 10. “Ketika Kompasu secara beransur-ansur mendekati pantai Guangdong, hujan lebat dan angin kencang