Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    HK tamatkan kuarantin mandatori

    HONG KONG, 23 SEPT – Pengembara ke Hong Kong tidak lagi perlu menjalani kuarantin mandatori di hotel-hotel dikhususkan, umum pemimpinnya hari ini, ketika wilayah itu membuka semula pintunya kepada dunia selepas hampir dua tahun.

    Pengembara juga tidak lagi perlu menjalani ujian PCR negatif dalam tempoh 48 jam sebelum menaiki pesawat ke Hong Kong, menurut Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee pada sidang media hari ini. Sebaliknya, pengunjung hanya perlu menunjukkan ujian negatif COVID daripada ujian pantas antigen yang dilakukan dalam tempoh 24 jam sebelum menaiki pesawat.

    Langkah itu akan mula berkuat kuasa pada Isnin.

    “Walaupun kami boleh mengawal trend epidemik, kami mesti membenarkan ruang maksimum untuk membolehkan perhubungan dengan dunia, agar kami boleh mencapai momentum ekonomi dan mengurangkan ketidakselesaan kepada pengunjung yang tiba,” jelas Lee, yang turut berkata bahawa pihak berkuasa tidak akan menarik semula langkah yang diumumkan hari ini.

    Dia berkata ia mesti ada ‘keseimbangan antara risiko dan pertumbuhan ekonomi’.

    Bermula Isnin, pengunjung yang tiba ke Hong Kong akan menjalani pemantauan di kediaman mereka dalam masa tiga hari. Sekiranya mereka diuji negatif COVID selepas tiga hari, mereka akan dibenarkan ke tempat-tempat awam seperti restoran dan bar.

    Selama hampir dua tahun, Hong Kong mewajibkan pengembara yang tiba ke wilayah itu untuk menjalani kuarantin mandatori di hotel-hotel yang dikhususkan. Pada suatu ketika, bandar itu mengenakan tempoh kuarantin terpanjang di dunia iaitu selama 21 hari pengasingan diri mandatori.

    Langkah pelonggaran itu dibuat ketika Hong Kong bersedia untuk menganjurkan acara-acara berprofil tinggi, termasuk kejohanan Rugby Sevens pada November dan sidang kemuncak perbankan antarabangsa. – AP

    Pengunjung beratur di ruang ketibaan untuk menjalani kuarantin di hotel di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong. Hong Kong tidak lagi memerlukan pengunjung yang datang untuk menjalani kuarantin di hotel-hotel yang dikhususkan mula Isnin ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...