HONG KONG, 14 Feb – Pelabuhan Hong Kong, yang pernah bersaing dengan Singapura bagi dominan sejagat, buat pertama kalinya terkeluar dari lima terminal kontena perkapalan paling sibuk di dunia, data baharu mendedahkan.
Pusat kewangan selatan China yang sibuk itu terletak di tempat sangat sebagai sebuah pelabuhan, yang menjadi asas pertumbuhan luar biasa bagi bandar ini yang namanya bermaksud ‘Pelabuhan Yang Wangi’.
Ia telah menjadi antara yang paling sibuk di dunia selama empat dekad dan mendominasi dalam tahun 1990an dan awal 2000an ketika ekonomi China dibukakan. Namun tahun lalu pelabuhan Hong Kong menduduki tempat ketujuh, pengesahan penurunan yang nampaknya berterusan dari ranking dunia dengan dominan meningkat pelabuhan-pelabuhan tanah besar China dan kebangkitan berterusan Singapura.
Neil Davidson, pakar Drewry Shipping Consultants berkata itu adalah kali pertama Hong Kong jatuh dibawah lima teratas sejak pertama kali mereka mula mengumpul data pelabuhan sejagat dalam tahun 1979.
Data Drewry bagi tahun 2018 menunjukkan Hong Kong mengendalikan 19.64 juta (TEUs) atau unit bersamaan dua puluh kaki (kapasiti kargo kontena, ukuran perindustrian berdasarkan kontena perkapalan, menurun dari 23.54 juta dalam tahun 2006.
Itu adalah kurang separuh dari unit yang dikendali oleh pelabuhan yang berada di kedudukan teratas dunia, Shanghai, 42.01 juta dan jauh ketinggalan oleh pelabuhan nombor dua dunia, Singapura, dengan 36.60 juta unit.
Pelabuhan-pelabuhan tanah besar China, Ningbo dan Shenzhen sebelum ini telah mengatasi Hong Kong, namun tahun lalu ia diatasi oleh dua lagi pelabuhan –Guangzhou dan Busan, Korea Selatan.
Dalam tahun 2004, apabila Hong Kong masih pelabuhan paling sibuk di dunia, lebih 150,000 buah kapal penuh diisi, satu perangkaan yang kini separuh, menurut Bloomberg News.
Dalam usaha untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan, Hong Kong International Terminal milik jutawan Li Ka-shing – pengendali terminal kontena terbesar di bandar itu – telah mengumumkan pergabungan dengan pengendali limbungan saingannya pada Januari lalu. – AFP