Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    HK tingkat sekatan kawalan

    HONG KONG, 5 JAN – Hong Kong hari ini mengumumkan sekatan pengawalan anti koronavirus baharu yang ketat, menggantungkan penerbangan dari lapan buah negara, menutup bar dan gimnasium serta membatalkan kebenaran makan di restoran pada waktu malam selepas varian Omicron dikesan di bandar itu.

    Sekatan tersebut menjejaskan ekonomi di hab perniagaan antarabangsa yang melaksanakan strategi sifar COVID-19 bagi mengekalkan kadar kes di tahap rendah namun menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan dunia.

    Sama seperti di tanah besar China, Hong Kong mengekalkan beberapa langkah paling ketat di dunia sepanjang pandemik – termasuk menurut sempadannya, tempoh kuarantin yang lama, sekatan pergerakan dan ujian besar-besaran.

    Bandar tersebut merekodkan 114 kes Omicron setakat kelmarin, dengan sebahagian besar dikesan di lapangan terbang atau pendatang yang menjalani kuarantin mandatori selama 21 hari di hotel.

    Tetapi penularan kecil komuniti dijejak dari kakitangan syarikat penerbangan Cathay Pacific dalam beberapa hari lalu telah mencetuskan pengenaan langkah tegas baharu.

    Kelihatan pelanggan membeli makanan untuk dibawa pulang selepas Hong Kong melaksanakan langkah anti koronavirus yang lebih ketat dengan melarang orang ramai menikmati makan malam di restoran. – AFP

    Ketua eksekutif Carrie Lam berkata pegawai kesihatan kini bimbang varian Omicron yang mudah berjangkit secara tidak disedari menular di kalangan masyarakat.

    “Kami mempunyai kes yang mana sumbernya telah dikenal pasti namun penularan masih belum diketahui,” katanya kepada wartawan.

    Penerbangan dari Australia, Kanada, Perancis, India, Pakistan, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat masih digantung dari tengah malam pada Jumaat selama dua minggu.

    “Penumpang penerbangan dari negara-negara itu tidak akan dibenarkan untuk mendarat di Hong Kong dan individu yang tinggal di negara disebutkan tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan ke Hong Kong, termasuk penerbangan transit,” kata Lam.

    Semua acara awam besar-besaran akan dibatalkan sementara sebahagian besar perniagaan, termasuk bar, kelab malam, gimnasium dan perkhidmatan kecantikan, terpaksa ditutup. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...