NEW DELHI, 12 JAN – Seorang anak damit berusia 10 bulan telah dikesan positif jangkitan human metapneumovirus (hMPV) di negeri Assam, India, kes pertama seumpamanya di negeri tersebut, kata pegawai kelmarin.
Menurut pegawai kesihatan tempatan, anak damit tersebut sedang dirawat di Kolej Perubatan dan Hospital Assam di Dibrugarh dan dalam keadaan stabil.
Laporan menyebut bahawa baru-baru ini empat kes hMPV dilaporkan dari Gujarat, tiga dari Bengal Barat dan Maharashtra, serta dua kes dari Karnataka dan Tamil Nadu.
Susulan pengesanan kes hMPV di negara itu, kementerian kesihatan persekutuan telah mengarahkan negeri-negeri untuk memperkukuhkan dan mengkaji semula pengawasan terhadap penyakit seperti influenza dan jangkitan pernafasan yang teruk. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/01/P19-R2-WEB-FREEPIK_13012025.jpg)