Monday, May 29, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Ho Ying tak percaya bawa M’sia ke final

    BIRMINGHAM, 1 OGOS – Bagaikan satu mimpi.

    Wira skuad ping pong negara, Ho Ying, tidak percaya apabila dapat membantu menamatkan penantian lapan tahun Malaysia untuk mara ke pentas final selepas mengatasi Wales, 3-2, dalam separuh akhir acara berpasukan wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, hari ini.

    Ying menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia dengan menumpaskan Charlotte Carey, 7-11, 11-9, 10-12, 11-7, 11-8, di Pusat Pameran Nasional, juga mendedahkan jurulatih Beh Lee Wei menitiskan air mata usai pasukannya menjejakkan kaki ke akhir untuk berdepan Singapura, esok.

    “Saya tak jangka langsung menang di final, kami satu team sangat gembira at least dapat menang medal walau apa pun terjadi esok,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan.

    Singapura layak ke final selepas menang 3-0 ke atas Australia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

    Ying menjelaskan kejayaan mengejutkan juara bertahan India, 3-2, semalam, ternyata memberi keyakinan kepadanya terutamanya dalam berdepan situasi genting apabila menjadi harapan terakhir negara untuk ke final selepas perlawanan terikat 2-2.

    Mengenai perlawanan esok, pemain berusia 27 tahun itu yang merupakan pemenang gangsa acara beregu wanita bersama Karen Lyne pada edisi Gold Coast 2018, mengakui masih terdapat jurang antara barisan pemain negara dengan pasukan jiran tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Polis India tahan ahli gusti Olimpik

    NEW DELHI, 28 MEI – Polis India hari ini mengheret dan menahan dua ahli gusti Olimpik dan berpuluh-puluh yang lain ketika mereka cuba berarak...
    - Advertisment -