Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Hobi’ curi kereta, lelaki tempatan dipenjara 56 bulan

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 56 bulan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun atas kesalahan mencuri.

    Awang Abdul Muezz bin Haji Wahab mengaku bersalah atas enam pertuduhan mencuri kenderaan, tiga pertuduhan menukar nombor plat kenderaan curi dan satu pertuduhan menerima harta curi.

    Pendakwa Raya Aeny binti Zullizam mendedahkan bahawa defendan mencuri kenderaan-kenderaan tersebut dari tempat letak kereta di kawasan-kawasan komersial di Kiulap, Beribi, Jalan Maulana, Kuala Belait dan Pekan Tutong pada Julai, Ogos dan September 2021 dan Januari.

    Majistret Nur Sariy Syahmina binti Haji Jaffri seterusnya mendengar bahawa pemilik-pemilik kenderaan curi berkenaan membuat laporan polis apabila mendapati kenderaan mereka hilang, menyebabkan defendan ditahan dalam siasatan.

    Mahkamah juga mempertimbangkan sabitan jenayah defendan terdahulu dalam menjatuhkan hukuman.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda