Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hobi jadi perusahaan kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Belimbing pada masa ini berusaha mempelbagaikan lagi produk kampung dan yang terbaharu ialah mengusahakan ikan air tawar iaitu tilapia merah secara dalam sangkar.

    Timbalan Setiausaha MPK Be-limbing, Haji Abdul Rahim bin Haji Bini menjelaskan, usaha berkenaan bermula enam bulan lalu secara kecil-kecilan, yang awalnya hanya hobi tapi ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung berkenaan dan kini sudah mencapai 12 orang penternak dengan 35 sangkar ikan.

    “Anak-anak ikan pada permulaannya dibeli daripada pengusaha ikan di Kampung Pengkalan Sibabau, Mentiri dan seorang lagi pembekal anak ikan di Kampung Labi dan dari sana kami bermula yang pada awalnya dilakukan secara persendirian dan ini telah menjadi salah satu lagi produk Kampung Belimbing,” jelas beliau semasa ditemui pada Pesta Jualan Hujung Tahun 2023 yang berlangsung di Gerai Muafakat Tasik Sarubing, Kampung Belimbing, hari ini.

    Beliau seterusnya berkata, me-reka berhasrat untuk menjadikan ikan-ikan tilapia sebagai kegemaran penduduk di negara ini, walaupun pada masa ini ikan-ikan air tawar belum menjadi pilihan berbanding ikan air masin.

    Apabila pengenalan ikan tilapia berkenaan berjaya, kongsinya, Kampung Belimbing akan cuba memasarkan ke pasaran tempatan dengan harapan akan lebih ramai lagi penduduk kampung untuk ikut serta, memandangkan tasik di Kampung Sarubing luas.

    Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan menyaksikan jualan para peniaga selepas pelancaran Pesta Jualan Hujung Tahun 2023, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Setakat ini, kampung berkenaan telah membekalkan ikan tilapia kepada dua buah restoran di daerah ini selain turut dijual di Pasar Jerudong.

    “Pada peringkat awal ini, kami belum dapat memenuhi permintaan orang ramai memandangkan pada masa ini ikan-ikan berkenaan dalam proses pembesaran,” jelasnya.

    Seramai 13 orang peniaga me-nyertai pesta jualan itu yang bermula hari ini hingga hujung tahun.

    Antara peniaga berkenaan ialah dua beradik warga emas, Dayang Noriah, 72, dan Hajah Hasnah binti Jarudin, 82, yang menjual hasil kraftangan berupa bakul anyaman menggunakan pelbagai warna tali plastik khas.

    Mereka sudah lama melibatkan diri dalam pembuatan bakul yang mana sebelum ini mereka menumpukan kepada pembuatan bakul menggunakan daun mengkuang dan kini tali plastik sesuai mengikut cita rasa pengguna.

    Dayang Noriah juga menjelaskan, mereka bukan saja membuat anyaman bakul untuk dijual, tapi mereka juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis di mana me-reka pernah menganyam 300 biji bakul moden bersaiz kecil untuk cenderahati tetamu.

    “Proses menyiapkan anyaman bakul ini bergantung kepada saiz yang dikehendaki oleh pelanggan dan untuk bakul moden bersaiz kecil ia mengambil masa satu hari dan dapat menghasilkan dua biji bakul,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda