Oleh Lyna Mohamad –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Dalam mengisi masa setelah bersara, Hajah Aishah binti Haji Abdul Masjid mencari hobi yang membuatkannya tenang dan bahagia, dengan aktiviti menghias telur.
Katanya, menghias telur telah lama diamalkan selama berabad-abad di seluruh dunia.
Ia adalah satu ‘bentuk seni dan kemahiran’ yang menjadi simbol kemewahan apabila Telur Faberge yang dicipta di Petersburg, Rusia antara 1885 – 1917.
Hajah Aishah berkata, minatnya dalam menghias telur bermula pada 2001 apabila dia mendapati seni itu menarik dan cantik.
“Ia bermula apabila saya melawat ipar, Datin Hajah Saidah yang mempunyai koleksi kulit telur angsa yang dihiasi dan dicat dengan warna akrilik serta dihiasi dengan kristal swarovski dan rhinestones yang cantik.”



Iparnya kemudian menawarkan diri untuk mengajar cara mengosongkan dan mengecat kulit telur angsa di mana beliau menekankan bahawa proses itu sendiri adalah membosankan tetapi pengalaman yang dihasilkan benar-benar memuaskan dan sejak itu ia menjadi hobi yang tidak dapat dipisahkan dengan dirinya.
Hajah Aishah berkata, beliau mendapat ilham daripada hasil karya individu di dalam dan luar, biasanya menerusi buku-buku, kelas seni telur dan media sosial.
Pada kelas-kelas yang diikuti bersama rakan-rakannya, beliau berkata, “Kami bermula daripada peringkat permulaan sehingga kami menamatkan program. Kami malah mencapai di tahap di mana kami kini mengajar yanglain.”
Kekayaan yang diperolehinya selama bertahun-tahun daripada seni telur tidak boleh diukur dengan wang ringgit tetapi dengan betapa ramainya kawan yang diperolehnya di dalam dan luar negara.
Sehingga kini, beliau mempunyai lebih 100 koleksi seni telur menggunakan kulit-kulit telur burung unta, emu, rhea, angsa, ayam belanda, itik, puyuh dan ayam.
Beliau juga mendapat permintaan untuk membekalkan telur bagi majlis-majlis perkahwinan dan pertunangan.
Katanya, walaupun ianya satu hobi yang mahal dan rumit, memerlukan masa dan kesabaran, ia tetap berbaloi dengan hasil yang kerap memuaskan.

