Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hologram Glenn ubati rindu peminat

    Selepas mencatat kejayaan luar biasa pada penganjuran sulung di Beach City International Stadium, Jakarta, kira-kira dua tahun lalu, konsert meraikan tinggalan seni penyanyi Indonesia, mendiang Glenn Fredly yang antara lain memaparkan sosok seniman itu menerusi pancaran hologram, akan dipentaskan di sini, tidak lama lagi.

    Konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang bakal menghangatkan Zepp Kuala Lumpur, Bukit Bintang di ibu negara, pada 18 Julai ini, menjadi lokasi kedua acara ‘tribute’ kepada penyanyi berketurunan Maluku itu. Acara ini tentunya memberi peluang kepada peminat tegar menzahirkan penghargaan kepada Glenn yang meninggal dunia pada 8 April 2020.

    Pancaran hologram mendiang Glenn tentunya membuktikan bahawa kehilangan fizikal tidak mampu memadamkan cinta dan penghargaan yang mendalam terhadap legasi muzik penyanyi Januari ini, lapor BH Online.

    Melalui konsert dibawakan Premier Live Productions dengan kerjasama Matahati Sdn Bhd, peminat tempatan dapat mengubat rindu kepada Glenn dalam apa yang disifatkan perayaan seni yang mengangkat kenangan dan jiwa melalui konsert lebih dua jam. – Agensi

    Mendiang Glenn Fredly akan ‘kembali’ dalam bentuk konsert hologram. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda