Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Hologram Zelenskyy rayu bantuan firma teknologi

    PARIS, 17 JUN – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy muncul melalui hologram kelmarin semasa persidangan di Paris merujuk filem Star Wars dan Perang Dunia ke-2 ketika beliau meminta bantuan daripada firma-firma teknologi besar dunia.

    Beliau memberitahu ratusan orang di pameran perdagangan VivaTech bahawa Ukraine menawarkan peluang unik kepada firma teknologi bagi membina semula negara tersebut sebagai demokrasi digital sepenuhnya.

    Semasa persidangan berkenaan, beliau juga meminta bantuan mengenai syarat-syarat pinjaman-pajakan iaitu satu cara ketika Amerika Syarikat membantu pihak sekutu semasa Perang Dunia ke-2, di mana bantuan ditawarkan tanpa bayaran tetapi atas pemahaman bahawa semua perkakasan akan dikembalikan.

    “Ia ialah sesuatu hal luar biasa bagi presiden atau ketua kerajaan bagi menggunakan hologram untuk berdepan dengan orang ramai tetapi ini bukan satu-satunya aspek Star Wars yang kita amalkan,” katanya.

    “Kami juga akan mengalahkan empayar Rusia,” katanya, menyamakan tentera Rusia dengan watak antagonis dalam francais Star Wars. Beliau turut berkata bahawa kerajaan akan membentangkan secara spesifik rancangan yang akan mewujudkan kerajaan digital pada persidangan di Switzerland dalam beberapa minggu akan datang.

    “Tiada negara lain di dunia yang akan menawarkan awda peluang sedemikian untuk menggunakan teknologi paling canggih di peringkat negeri,” tambahnya.

    Ukraine mendapat pujian kerana penggunaan teknologinya semasa perang dengan Rusia, menggunakan komuniti kripto bagi mengumpul dana malah berjaya merayu Elon Musk untuk membekalkan infrastruktur bagi perkhidmatan internet berasaskan satelit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...