Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hon Jian-Muhammad Haikal tewas kepada gandingan handalan China

    KUALA LUMPUR, 15 OKT – Beregu lelaki Malaysia, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menampilkan aksi bertenaga sebelum tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 di Odense, kelmarin.

    Pasangan tidak disenaraikan itu tewas 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada pilihan kelima kejohanan yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Jyske Bank.

    Sementara itu, beregu profesional lelaki Malaysia, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan China, Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-13, 21-15. Cabaran besar menanti pasangan ranking dunia ke-24 itu apabila dijadual menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada pusingan seterusnya.

    Pasangan pilihan utama kejohanan itu sebelum ini mudah menewaskan beregu tuan rumah, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 21-11, 21-11. – Bernama

    Aksi Muhammad Haikal (kiri) dan Choong Hon Jian ketika menentang pemain Thailand semasa perlawanan kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil pada 20 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda