Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Happy Motoring Co Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Honda di Brunei, petang tadi telah mengadakan undian untuk memilih 30 orang pelanggan bagi cabutan bertuah promosi Mid Year Super Deal: From Wheels to Wings yang akan diadakan nanti.
Sesi undian berkenaan disempurnakan oleh pihak media tempatan yang hadir dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Happy Motoring, Patrick Ling.
Patrick Ling berkata, “Acara ini merupakan salah satu komitmen kami bagi menghargai dan meraikan pelanggan kami, dan pelanggan yang terpilih untuk sesi cabutan nanti akan dihubungi kemudian.”
Kempen cabutan bertuah berkenaan telah berlangsung sejak 1 Julai dan akan berakhir pada akhir Disember depan.