Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honda labur AS$65 bilion untuk pengeluaran EV

    TOKYO, 16 MEI – Honda mengumumkan rancangan hari ini untuk menggandakan pelaburan dalam kenderaan elektrik (EV) kepada AS$65 bilion menjelang 2030 setelah syarikat gergasi kereta Jepun itu mahu menuju ke arah penggunaan tenaga elektrik sepenuhnya.

    Syarikat itu secara agresif mengejar sasaran yang ditetapkan tiga tahun lalu untuk mencapai 100 peratus jualan EV menjelang 2040.

    Pada April, ia mengumumkan pelaburan auto terbesar dalam sejarah Kanada dengan kilang pemasangan bateri dan kenderaan EV baharu bernilai AS$11 bilion.

    Syarikat itu juga mempunyai perkongsian dalam EV dengan Sony dan sedang meneroka kerjasama dengan saingan Nissan ketika mereka menghadapi pergolakan ‘sekali dalam seabad’ dalam industri kereta.

    Penganalisis berkata langkah itu bertujuan untuk mengejar pesaing EV China sebagai pembuat kereta yang disokong Beijing seperti syarikat BYD yang pantas mendahului saingan global.

    Honda Motor Co. di Tsukuba, Tokyo, pada Februari 2019. Honda sahkan komitmennya terhadap pengeluaran EV dengan melabur sebanyak AS$65 bilion pada 16 Mei. – AP

    “Honda merancang untuk melabur kira-kira 10 trilion yen dalam sumbernya sehingga 2030, apabila tempoh popularisasi penuh EV dijangka bermula,” kata satu kenyataan.

    Pembuat kereta itu sebelum ini memperuntukkan lima trilion yen dalam teknologi EV dalam jangka sederhana.

    Honda mahu ‘mewujudkan struktur perniagaan yang kompetitif dengan matlamat untuk mengurangkan kos pengeluaran keseluruhan sebanyak kira-kira 35 peratus’, katanya hari ini.

    “Sehingga 2030, Honda akan mengurangkan kos bateri yang akan diperolehi di Amerika Utara sebanyak lebih 20 peratus berbanding kos bateri semasa,” tambahnya.

    Menjelang 2030 syarikat itu menyasarkan untuk kenderaan elektrik dan EV sel bahan api menyumbang 40 peratus daripada jualan global. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda