Tuesday, May 6, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honda, Marquez tamat kolaborasi 11 tahun

    MADRID, 5 OKT – Pasukan MotoGP Honda dan bekas juara dunia, Marc Marquez, akan menamatkan perkongsian 11 tahun mereka pada penghujung musim, kata pembuat enjin Jepun itu kelmarin.

    Marquez, yang memandu menggunakan motosikal Honda, meraih enam kejuaraan dunia, memenangi 59 perlumbaan dan 64 petak pertama dalam kelas MotoGP.

    Kejuaraan dunia terakhirnya ialah pada 2019. Penunggang dari Sepanyol berusia 30 tahun itu bergelut dengan kecederaan selepas lengan kanannya patah dalam perlumbaan pembukaan musim 2020. Dia kini berada di tangga ke-15 dalam kedudukan mata.

    Perjanjian itu akan memendekkan kontrak semasa Marquez selama setahun.

    “Kedua-dua pihak bersetuju ia adalah demi kepentingan terbaik mereka untuk mencari haluan yang berbeza di masa depan demi mencapai matlamat dan sasaran masing-masing dengan lebih baik,” kata Honda dalam satu kenyataan. – AP

    Marquez ketika berada di atas podium selepas menduduki tempat kedua dalam perlumbaan Moto GP Alcaniz Aragon di litar MotorLand Aragon, Alcaniz, Sepanyol. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda