Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honda sertai kelab Brazil Botafogo

    RIO DE JANEIRO, 16 MAC – Pemain tengah Jepun, Keisuke Honda menjaringkan gol pada penampilan pertamanya untuk kelab Brazil, Botafogo kelmarin selepas keputusan seri 1-1 menentang Bangu yang berlangsung di stadium kosong kerana pandemik COVID-19.

    Honda, 33 tahun, mendapat sambutan sebagai wira daripada beribu-ribu peminat apabila dia tiba di Brazil pada 7 Februari lalu, namun perlawanan pertamanya dalam keadaan tenang di stadium Botafogo yang sepi.

    Semasa dalam latihan sebelum pertandingan Piala Rio dia memakai topeng muka.

    Ia mungkin perlawanan terakhirnya untuk seketika. Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) telah menggantung perlawanan musim ini sehingga notis lanjut kerana pandemik COVID-19.

    Honda memakai jersi nombor empat, berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit ke-28.

    Tetapi Bangu kembali menyamakan kedudukan di minit ke-58. Jurulatih Botafogo, Paulo Autuori menggantikan Honda empat minit kemudian.

    Honda, salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bolasepak Jepun, di mana dia sebelum ini tanpa kelab sejak meninggalkan pasukan Belanda, Vitesse Arnhem pada Disember lalu. –AFP

    Aksi Keisuke Honda ketika mengawal bola semasa perlawanan Carioca Championship menentang Bangu di Stadium Nilton Santos, di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda