Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honda tiba di Mexico

    PACHUCA, Mexico, 19 Julai – Pemain antarabangsa Jepun Keisuke Honda mengejutkan wartawan apabila bercakap bahasa Sepanyol ketika memberikan sidang akhbar pertama di kelab barunya, Pachuca Mexico.

    Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak dengan kelab divisyen pertama di Mexico minggu lalu selepas tiga tahun di AC Milan. Beliau menceriakan wartawan sukan yang menyaksikan kedatangannya di Mexico dengan sapaan ‘Hola a todos’.

    “Saya gembira berjumpa dengan kamu. Saya juga senang berada di sini.

    “Saya menyediakan ucapan dalam Bahasa Sepanyol ini sejak semalam. Bercakaplah perlahan-lahan dengan,” katanya tersenyum.

    Honda yang serta-merta dikenali kerana potongan rambutnya menjadi terkenal apabila membantu Jepun mencecah fasa 16 terakhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

     Honda bergambar dengan jersi kelab barunya selepas diperkenalkan kepada media di Football University, pinggir bandar Pachuca di Hidalgo, Mexico, kelmarin. – AFP
    Honda bergambar dengan jersi kelab barunya selepas diperkenalkan kepada media di Football University, pinggir bandar Pachuca di Hidalgo, Mexico, kelmarin. – AFP

    Dia menjadi pemain Jepun pertama bermain bersama kelab Mexico.

    Perpindahannya ke Mexico mengakhiri spekulasi beberapa bulan mengenai masa depannya selepas hambar di Itali.

    Galatasaray dari Turki dan beberapa pasukan MLS termasuk LA Galaxy juga dilaporkan cuba mendapatkan khidmatnya.

    Kelab Pachuca yang ditubuhkan pada 1901 merupakan salah satu kelab tertua di Amerika dan telah memenangi gelaran Mexico sebanyak enam kali. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda