Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Honda untung 27% pada Nov-Dis

    TOKYO, 10 FEB – Honda melaporkan lonjakan 27 peratus dalam keuntungan Oktober hingga Disembernya, walaupun menghadapi masalah seperti kekurangan cip komputer dan peningkatan kos bahan mentah.

    Keuntungan Honda Motor Co yang berpangkalan di Tokyo pada suku terakhir berjumlah 244.6 bilion yen (AS$1.9 bilion), meningkat daripada 192.9 bilion yen tahun sebelumnya.

    Jualan suku tahunan meningkat 20 peratus kepada 4.4 trilion yen (AS$33.5 bilion), kerana Honda menjual lebih banyak motosikal di seluruh dunia, berbanding setahun lalu, manakala jualan kenderaan sedikit berubah.

    Mengikut wilayah, Honda menjual lebih banyak kenderaan di Jepun dan AS, tetapi jualan merosot di China dan bahagian lain di Asia. Jualan motosikal berkembang di semua pasaran utama, termasuk Jepun, Amerika Utara dan seluruh Asia, terutamanya Indonesia, India dan Vietnam. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...