Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honduras tahan datuk bandar kerana aktiviti edar dadah

    MOSCOW, 28 OGOS – Agensi penguatkuasa undang-undang Honduras mematahkan aktiviti tiga kumpulan pengedar dadah di negara itu dan menahan antara lain datuk bandar Brus Laguna, Wilmer Manolo Wood, dalam operasi khas, lapor Sptunik memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya negara itu pada Ahad.

    “Pejabat Pendakwa Khas Menentang Jenayah Terancang dan Agensi Siasatan Jenayah Teknikal yang menjalankan Operasi Nutos, yang menggeledah rumah, membuat rampasan dan pemeriksaan di bahagian Atlantida, Colon dan Gracias a Dios di mana tiga kumpulan jenayah itu bergiat aktif dan rampasan lebih daripada 90 tan kokain dibuat dalam tempoh lima tahun lepas,” kata pejabat pendakwa raya itu dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan itu, kumpulan jenayah terbabit menyelaras penerimaan sekurang-kurangnya 99 pesawat yang membawa kokain dari Amerika Selatan ke Honduras.

    Datuk Bandar Brus Laguna itu didakwa mengatur pengangkutan kira-kira 30 tan kokain dengan bot dan kapal terbang. – Bernama

    Penjenayah dalam gari. Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda