Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Hyun Hee cetus kemarahan netizen antarabangsa

    PROGRAM televisyen SBS berjudul Laughing Legend Match yang dilakonkan oleh Hong Hyun Hee telah mengundang kemarahan netizen antarabangsa.

    Menerusi program berkenaan Hong Hyun Hee yang didandan menyerupai orang asli kulit hitam dituduh sebagai bersifat perkauman dan menghina kaum tersebut.

    Rata-rata netizen yang tidak berpuas hati menuntut stesen televisyen itu membuat permohonan maaf terhadap kandungan yang menyinggung perasaan penonton.

    Bagaimanapun, perkara itu tidak menimbulkan masalah dan rasa bersalah penduduk di Korea Selatan.

    Penduduk di sana juga tidak menganggap perkara berkenaan sebagai perkauman atau menimbulkan sensitiviti masyarakat.

    Sehingga kini, pihak stesen televisyen tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tindakan terhadap video berkenaan.

    Pelakon komedi Hong Hyun Hee dianggap tidak sensitif.
    Pelakon komedi Hong Hyun Hee dianggap tidak sensitive.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda