Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong akan haramkan penggunaan plastik

    HONG KONG, 19 OKT – Perlukan garpu plastik di restoran Hong Kong? Menjelang 22 April, Hari Bumi, pelanggan perlu mula menggunakan perkakas makan yang lebih mesra alam, menurut rang undang-undang yang diluluskan kelmarin oleh badan perundangan bandar itu.

    Sisa plastik merupakan sumber kedua terbesar dalam jumlah sisa pepejal bandar itu, dengan purata jumlah purata yang dibuang setiap hari mencapai 2,331 tan pada 2021, jumlah yang setara dengan berat hampir 70 ekor ikan paus kelasa dewasa.

    Bandar itu kelmarin meluluskan pindaan kepada Rang Tanggungjawab Ekologi Produk, yang melaksanakan larangan menyeluruh terhadap penjualan dan penyediaan pelbagai produk plastik dengan fasa pertama yang berkuat kuasa pada Hari Bumi, 22 April 2024.

    Ini bermakna di 28,000 kedai makan di seluruh bandar, “pinggan makan polistirena (EPS) yang diperluas dan pinggan mangkuk plastik pakai buang lain yang bersaiz kecil dan sukar untuk dikitar semula” akan dilarang bagi perkhidmatan makan-makan dan untuk bungkusan dibawa pulang, kata satu pengumuman kerajaan.

    Menghidangkan sup dalam bekas plastik juga tidak dibenarkan, walaupun menggunakannya untuk dibawa keluar masih dibenarkan, sehingga fasa dua bermula.

    Kerajaan berkata bahawa permulaan fasa dua akan bergantung kepada ketersediaan dan harga yang berpatutan bagi alternatif bukan plastik atau boleh digunakan semula yang berkaitan.

    Barang percuma di hotel dan syarikat penerbangan Hong Kong juga akan kelihatan berbeza, botol plastik air atau peralatan mandian seperti berus gigi plastik, serta penyumbat telinga pakai buang, juga akan ditegah. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda