Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong bakal alami kemelesetan akhir tahun

    HONG KONG, 22 SEPT – Hong Kong dijangka mencatat kemelesetan pada akhir tahun ini, ketua kewangan bandar memberikan amaran hari ini, ketika kadar faedah yang meningkat dan kawalan ketat COVID menjejaskan ekonomi negara itu.

    “Timbulnya peluang amat besar Hong Kong akan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negatif pada tahun ini,” beritahu Setiausaha Kewangan Paul Chan kepada wartawan, menambah kadar faedah bakal dinaikkan ‘pada kadar yang tidak pernah dilihat dalam tempoh tiga dekad lalu.

    Dasar mata wang bandar itu dilaksanakan seiring dengan Rizab Persekutuan disebabkan mata wangnya, salah satu asas penting hab perniagaannya, ditambat kepada dolar AS.

    Kenaikan kadar Persekutuan, bertujuan mengawal inflasi meningkat, diadakan pada masa sukar untuk Hong Kong, menjejas sentimen apabila ekonomi telah pun bergelut.

    Bandar itu secara teknikal sedang mengalami kemelesetan, apabila mencatat pertumbuhan negatif dua suku berturut-turut pada tahun ini.

    Pemimpin perniagaan telah lama mengingatkan bahawa kawalan pandemik, bergabung dengan tindakan keras berterusan oleh Beijing ke atas penentang, telah menyukarkannya menarik bakat dan memutuskan Hong Kong daripada pasaran luar.

    “Hong Kong harus mendahului bandar lain di Asia. Namun sekarang nampaknya kami ketinggalan di belakang dan dipulaukan,” beritahu Eden Woon, ketua baharu Dewan Perniagaan Amerika kepada akhbar South China Morning Post dalam artikel yang disiarkan hari ini. – AFP

    Seorang penjual menjual buah-buahan di jalan raya di Hong Kong. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda