Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong dijangka lelong berlian AS$42 juta

    HONG KONG, 1 Nov – Sebentuk berlian bentuk bujur “Pink Promise” dijangka dilelong di Christie’s di Hong Kong, dengan harga berjumlah AS$42 juta.

    Batu pertama merah jambu dengan 14.93 karat membentuk hiasan tengah cincin yang bertatahkan berlian tersebut.

    Seorang jurucakap Christie’s berkata ia adalah berlian merah jambu paling penting yang pernah dijual disebabkan warna dan kejernihannya.

    “Ciri berlian merah jambu yang jarang ditemui itu menjadikannya amat berharga,” beritahu Fung Chiang daripada jabatan barang kemas Christie’s kepada AFP.

    “Untuk pengeluaran berlian setiap tahun, kami bercakap mengenai kurang dua peratus untuk berlian berwarna,” kata Chiang, menambah bukan semua yang berkongsi warna “cantik” yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda