Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Hong Kong kesan kes pertama cacar monyet

    HONG KONG, 6 SEPT – Hong Kong merekodkan kes pertama cacar monyet selepas seorang lelaki berusia 30 tahun yang membuat perjalanan ke bandar itu menunjukkan gejala semasa menjalani kuarantin di hotel, menurut pegawai kesihatan hari ini.

    Pesakit itu tiba di bandar itu kelmarin dan dibawa ke hospital selepas dia melaporkan kurang sihat, menurut pegawai kesihatan, Edwin Tsui.

    Pelawat yang tiba ke Hong Kong mesti menjalani pengasingan diri tiga hari di hotel sebagai salah satu strategi sifar COVID, yang membendung penularan melalui sekatan perjalanan dan perintah berkurung.

    Pesakit yang dijangkiti itu tidak mempunyai kontak rapat di kalangan komuniti dan diklasifikasikan sebagai kes penting, menurut Tsui, dan menambah risiko penduduk Hong Kong dijangkiti adalah ‘sangat rendah’.

    Tiada kontak terdekat dikenal pasti di bandar itu.

    Pesakit itu menghabiskan sebahagian besar masanya di Amerika Syarikat, sebelum menetap di Kanada selama seminggu dan kemudian membuat perjalanan ke Filipina dan akhir sekali ke Hong Kong, menurut pegawai.

    Dia menunjukkan gejala seperti ruam kulit, nodus limfa bengkak dan sakit tekak pada minggu ini sebelum dimasukkan ke hospital, menurut pegawai kesihatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...