Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Hong Kong lonjak tangga ke-5 Ranking Daya Saing Dunia

    HONG KONG, 26 JUN – Hong Kong naik dua anak tangga kepada kedudukan ke-5 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024.

    Ranking itu turut menyaksikan Hong Kong menduduki tempat teratas bagi kategori ‘dagangan antarabangsa’ dan ‘peraturan perniagaan’.

    Setiausaha Kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), Paul Chan Mo-po berkata ekonomi Hong Kong kekal stabil dan bertambah baik biarpun berdepan cabaran luaran.

    Bagi suku pertama tahun ini, ekonomi Hong Kong mencatat pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus dengan sektor eksport menunjukkan prestasi cemerlang.

    Untuk rekod, eksport barangan wilayah itu terus pulih pada suku pertama dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.8 peratus.

    Sektor perbelanjaan pula meningkat secara sederhana, didorong oleh pertambahan berterusan bilangan pengunjung.

    Paul Chan menjelaskan bahawa selaku ‘penghubung’ antara Tanah Besar dan dunia, Hong Kong memiliki kelebihan unik dalam usaha memperkasa dagangan dan pelaburan antarabangsa. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...