Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hong Kong tamatkan mandat pelitup muka

    HONG KONG, 28 FEB – Penduduk Hong Kong akhirnya akan dapat meninggalkan rumah tanpa pelitup muka mulai Rabu, hampir 1,000 hari selepas mandat pandemik itu dilaksanakan.

    Penutup muka tidak lagi diperlukan di dalam, di luar bangunan atau di pengangkutan awam, umum kerajaan, menamatkan langkah yang telah menjadi peninggalan di seluruh dunia apabila dunia menyesuaikan diri dengan hidup bersama koronavirus.

    Hong Kong antara salah sebuah kawasan terakhir yang mengenakan pemakaian pelitup muka luar bangunan, dengan mengenakan denda berat bagi mereka yang melanggar arahan tersebut.

    “Saya bersedia untuk menghapuskan perkara ini,” kata Tiffany, seorang pekerja industri kewangan berusia 20an, kepada AFP.

    “Ia memerlukan wang untuk membeli pelitup muka, dan saya sendiri pernah menghidap COVID,” jelasnya.

    Pemansuhan pemakaian pelitup muka dikuatkuasakan ketika kerajaan cuba menarik kembali pelancong dan bakat luar negara untuk memulihkan ekonomi yang dilanda kemelesetan.

    “Dengan memansuhkan keperluan pemakaian pelitup muka, kami mula kembali normal, dan itu akan sangat bermanfaat kepada pembangunan ekonomi,” kata Ketua Eksekutif, John Lee pada sidang media hari ini.

    Bercakap pada acara yang sama, Setiausaha Kesihatan, Lo Chung-mau berkata mulai 1 Mac, “Semua orang boleh menunjukkan wajah mereka yang tersenyum,” jelasnya.

    Ramai penduduk di bandar itu semakin kecewa di bawah mandat itu. – AFP

    Hong Kong adalah salah satu negara terakhir yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di hampir semua tempat awam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda