SEMENTARA itu, pada satu acara media di Beijing, China Rabu lalu, sub jenama Huawei, Honor telah melancarkan Honor 7X, menampilkan paparan 18:9 yang besar dan didatangkan dalam tiga varian.
Pengganti telefon pintar mewah Honor 6X tahun lalu ini didatangkan dengan paparan melengkung dengan resolusi HD+-penuh (1080×2160 piksel) bersaiz 5.93 inci dan sokongan nisbah bidang 18:9 serta bezel minimal pada faktor bentuk unibody metal.
Peranti dua SIM (Nano) ini menggunakan EMUI 5.1 berasaskan Android 7.0 Nougat dan dikuasakan SoC HiSilicon Kirin 659 lapan teras (4 teras Cortex-A53 pada 2.36GHz dan 4 teras Cortex-A53 pada 1.7GHz) yang dipadankan dengan RAM 4GB dan bateri 3340mAh. Pengimbas cap jarinya terletak di belakang.
Ia menampilkan dua kamera belakang, 16MP dan 2MP, manakala itu di depan pula terdapat kamera 8MP.
Huawei Honor 7X didatangkan dalam tiga varian storan iaitu 32GB, 64GB dan 128GB yang mana, ketiga-tiga varian ini menyokong storan tambahan (sehingga 256GB) menerusi kad mikroSD dalam konfigurasi dua SIM hibrid.
Ia menyokong rangkaian 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.1 LE dan GPS / GLONASS.