DILANCARKAN di China Disember lalu, Honor 9 Lite merupakan telefon pintar kedua Huawei jenama Honor yang mempunyai empat kamera, dua depan dan dua belakang di samping EMUI 8.0 sebagai satu lagi tarikan utamanya.
Honor 9 Lite adalah telefon pintar dua SIM (Nano) dan menggunakan EMUI 8.0 terkini daripada syarikat berkenaan yang berasaskan Android 8.0 Oreo.
Peranti ini menampilkan paparan IPS full-HD+ (1080×2160 piksel) bersaiz 5.65 inci dengan nisbah bidang 18:9 dan densiti piksel 428ppi. Ia dikuasakan dengan pemproses lapan teras Huawei HiSilicon Kirin 659 dan didatangkan dalam varian RAM 3GB dan 4GB.
Seperti yang telah disebutkan, Honor 9 Lite mempunyai empat kamera, dengan kedua-dua set dual kameranya menonjolkan kamera utama 13MP dengan kamera kedua 2MP. Di samping itu, kamera belakang mempunyai denyaran LED dan autofokus PDAF.
Daripada segi storan, ia didatangkan dengan dua pilihan iaitu 32GB dan 64GB, kedua-duanya boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB) dalam konfigurasi dual-SIM hibrid.
Pilihan sambungannya termasuk Bluetooth, Wi-Fi 802.11 b/g/n, 4G VoLTE, GPS/ A-GPS, Mikro-USB dengan sokongan OTG dan jek audio 3.5mm. Manakala itu, sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, magnetometer (kompas digital) dan sensor kedekatan.
Honor 9 Lite disokong bateri 3000mAh yang syarikat itu dakwa dapat menyediakan masa bercakap sehingga 20 jam pada 3G dan masa standby sehingga 24 hari. Peranti ini boleh dicas sepenuhnya kira-kira dalam masa dua jam 20 minit, menurut syarikat itu lagi. Daripada segi dimensi, ia berukuran 151×71.9×7.6mm dan berat 149g.