Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honor Magic V3 elegan, tahan lasak

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Vicom Enterprise pengedar sah Honor, dalam usahanya memberikan pelbagai pilihan kepada orang ramai dan pasaran di negara ini, telah melancarkan telefon bimbit, Honor Magic V3, hari ini, yang telah diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), di ibu negara.

    Majlis pelancaran telefon bimbit yang serba canggih dan tahan lasak itu diteruskan dengan pelancaran Honor MagicPad 2 yang mana ciri-ciri dalamannya juga tidak kurang hebat.

    Telefon bimbit dan MagicPad itu telah dilancarkan oleh Pengurus Produk Honor, Soh Jinn Sheng; Pengurus Jualan Vicom, Ryu Chan; dan Pengurusan Pemasaran Vicom, Gavyn Lim.

    Sebelum pelancaran Magic V3 baharu itu, Soh Jinn Sheng telah menyampaikan penerangan ringkas mengenai kedua-dua produk berkenaan, yang mana menurutnya produk itu masing-masing mempunyai ciri-ciri terkini, keistimewaan, dan kehebatannya tersendiri.

    Menyentuh mengenai Honor Magic V3, Pengurus Produk Honor antara lain menggariskan Honor mementingkan kualiti dalam setiap penghasilan, dan untuk Honor Magic V3 yang terkini pula tampil dengan beberapa ciri khusus di dalamnya.

    Honor Magic V3 yang dipamerkan semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Soh Jinn Sheng semasa merasmikan pelancaran Honor Magic V3 pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Antara ciri yang terdapat pada Magic V3 itu ialah telefon lipat AI paling nipis dan ringan di pasaran pada ketebalan hanya 4.35 milimeter, jika ia tidak dilipat, dan mempunyai berat 226 gram.

    Selain itu, ia juga mempunyai kuasa AI dengan Google Cloud, NanoCrystal Shield anti calar dan IPX8, camera telefoto periskop 50mp termasuk ciri-ciri yang lain.

    Di samping dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, ia juga tampil dengan tiga warna yang mempunyai lambang dan maksud tertentu, dan antara warna yang membuatkan Honor Magic V3 tampil elegan dan mewah ialah warna Reddish Brown (Dunhuang), hijau dan juga hitam.

    Bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap kehebatan telefon bimbit itu, mereka yang hadir telah menyaksikan persembahan di mana telefon berkenaan dimasukkan ke dalam mesin pencuci selama 15 mint untuk melihat sejauh mana kehebatannya.

    Manakala bagi Honor MagicPad 2 pula tampil dengan dua warna iaitu hitam dan juga Moonlight White dilengkapi dengan ciri-ciri yang juga tidak kurang hebatnya.

    Sempena dengan pelancaran Honor Magic V3, jerayawara promosi Honor bermula hari ini di Kompleks Yayasan yang menawarkan pelbagai produk Honor dengan harga yang istimewa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda