Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Majlis Pelancaran HONOR X9D yang berlangsung di Digital World, hari ini, telah menyaksikan kehadiran ramai peminat teknologi, dengan pelbagai demonstrasi ketahanan secara langsung dan tawaran eksklusif sempena pelancaran rasmi peranti terbaharu berkenaan.
Acara anjuran Vicom Enterprise, pengedar sah HONOR Brunei, bermula jam 1 petang hingga 3 petang dengan ucapan alu-aluan serta pengenalan tetamu kehormat oleh hos majlis, Najib.
Antara yang hadir termasuk Pengurus Produk HONOR, Soh Jinn Sheng; Pengurus Pemasaran Vicom Enterprise, Gavyn Lim; dan Pengurus Besar Digital World, Foo Ji Ding.
Majlis diteruskan dengan demonstrasi ketahanan luar (Pre-Launch Toughness Test) yang menampilkan ujian ketahanan ekstrem menggunakan kenderaan Honda Step Wagon, di mana para tetamu turut dijemput untuk menyertai sendiri ujian tersebut bagi merasai keteguhan sebenar produk baharu itu.
Di majlis itu, pengumuman rasmi harga dan tawaran eksklusif turut dibuat yang mana 50 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan atau walk-in menerima Earbuds X6 percuma, manakala 50 pelanggan walk-in terawal turut menerima Pad X7 serta jaminan tambahan tahunan 1+1.
Soh Jinn Sheng kemudiannya memperkenalkan HONOR X9D bersama dua lagi produk iaitu HONOR X7D dan Pad X7.


Beliau menjelaskan bahawa HONOR X9D menampilkan peningkatan menyeluruh dari segi ketahanan dan prestasi, menjadikannya telefon pintar kelas pertengahan paling tahan lasak dalam pasaran ketika ini.
Antara keistimewaan utama peranti ini ialah Reka Bentuk Luaran Lebih Kukuh, di samping menggunakan Corning Gorilla Ultra-deep Tempered Glass, bingkai diperkuat dan paparan rata serba baharu, Tahap Rintangan Air dan Habuk Tertinggi Industri.
Menjadi telefon pintar pertama di dunia yang meraih pensijilan IP69K, lengkap dengan sistem penyingkiran air dan habuk automatik, Struktur Penyerapan Hentakan Berinspirasi Kalas Peluru dan disokong bahan cecair bukan-Newton (Non-Newton Liquid) yang meningkatkan keselamatan komponen dalaman dan Pensijilan Prestasi Tertinggi SGS – Menjamin ketahanan terhadap air, habuk dan hentakan, mengiktiraf HONOR X9D sebagai peranti paling kukuh dalam kelasnya.
Dari segi prestasi pula, HONOR X9D dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 8,300mAh yang merupakan terbesar dalam kelasnya untuk penggunaan harian yang lebih panjang, kamera 108MP OIS + EIS yang dipertingkat dengan teknologi AI Imaging bagi menghasilkan imej yang lebih jelas dan stabil, paparan 1.5K Paling Jelas Dalam Segmen dan juga dilengkapi 3,840Hz PWM Dimming dan kecerahan puncak 6,000 nits.
Di dalamnya terkandung cip Snapdragon 6 Gen 4 yang menawarkan prestasi lintas generasi dengan sistem penyejukan VC baharu serta OS Lightweight Engine, sistem audio 400% Lebih Kuat yang dikuasakan oleh pembesar suara berkembar serta susun atur antena yang dioptimumkan untuk kestabilan rangkaian yang lebih tinggi dan Sokongan NFC Pantas untuk transaksi tanpa sentuh yang lebih efisien.

Sebagai telefon pintar kelas pertengahan paling laris, HONOR X9D membuktikan komitmen HONOR dalam menawarkan inovasi menyeluruh dari segi ketahanan, prestasi dan reka bentuk.
Majlis diteruskan dengan beberapa demonstrasi ketahanan secara langsung termasuk ujian rintangan air (IP69K water test), ujian haba (steamer challenge), ujian ketahanan skrin (stapler gun demo), dan ujian jangka hayat bateri.
Sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat turut diadakan sebelum majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh hos. Acara diakhiri dengan pengumuman rasmi pembukaan pra-tempahan dan pembelian terus di kaunter.


