LOS ANGELES, 31 Okt – Al Horford menghasilkan 14 mata dan 13 ‘rebound’ ketika pasukan Boston Celtic mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut mereka dan menamatkan kekalahan 11 perlawanan kepada San Antonio Spurs dengan kemenangan 108-94 awal pagi tadi.
Kyrie Irving mempamerkan permainan terbaiknya bagi Celtic yang menewaskan Spurs, yang dibelenggu dengan kecederaan, buat kali pertama di Boston sejak Januari 2011.
Pasukan Celtic bangkit dari kedudukan 0-2 awal musim yang menyaksikan mereka kehilangan Gordon Hayward kerana kecederaan dalam perlawanan pembukaan di Cleveland.
“Kami hanya melakukan apa yang dimahukan oleh jurulatih dan pemain muda kami, mereka semuanya mendengar,” kata Horford. “Mereka mendengar, cuba melakukan yang terbaik.”
Irving mengetuai pasukan barunya dengan menjaringkan 24 mata, sementara itu, Jaylen Brown menjaringkan 18 mata bagi pasukan Celtic yang memperbaiki kedudukan kepada 5-2 dalam musim NBA 2017-18. Bekas pilihan draf pertama keseluruhannya, Irving dilepaskan kepada Celtic luar musim selepas meminta pelepasan dari Cleveland.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/nba-13p7-rubie_011117.jpg)
Terry Roxier menjaringkan lapan dari 12 mata dalam tempoh 52 saat untuk memberikan pendahuluan pada suku keempat dan pemain rookie, Jayson Tatum menghasilkan 11 ‘rebound’ dan menghalang tiga jaringan.
Marcus Smart menambah sembilan mata dan tujuh ‘rebound’ dalam kemenangan itu.
Spurs masih beraksi tanpa Kawhi Leonard dan Tony Parker yang mengalami kecederaan. Manu Ginobili juga tidak beraksi dalam perlawanan itu untuk mendapatkan rehat.
San Antoino mencatatkan 18 mata tertinggi kerjayanya dan lima ‘rebound’ dari Brandon Paul.
Pau Gasol mencatatkan 11 mata dan lapan ‘rebound’ bagi Spurs yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut.
Di New York, Kristaps Porzingis menjaringkan 38 mata ketika pasukan New York Knicks bertahan bagi kemenangan 116-110 ke atas Denver Nuggets. – AFP