Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Restoran Horizons Seafood kini menawarkan promosi terbarunya, Brunch Buffet yang boleh dinikmati setiap hari Ahad bermula jam 11:30 pagi sehingga 3 petang.
Bufet Brunch ini menampilkan pelbagai hidangan menu yang lazat daripada sup, nasi dan juga mi goreng sebagai hidangan utama dan juga pelbagai hidangan Lok Lok, kuih-kuih Melayu dan banyak lagi.
Bagi para pelanggan yang menggunakan kad makan istimewa RBC bolehlah menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.
