Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Hormati pemandu, hentikan buli jalan raya

    Isu buli jalan raya secara umumnya bukan sahaja membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya, malahan ia perlu dibanteras.

    Buli di jalan raya bukanlah suatu perkara baharu namun perlu diambil berat demi keselamatan semua pihak.

    Jika dilihat, motif buli ini sering kali tidak jelas, adakah ia sekadar untuk ‘menggambang?’.

    Buli jalan raya jika berdasarkan definisi adalah perlakuan mencakupi ancaman atau melakukan tindakan berbahaya terhadap pemandu lain, seperti mengikuti pemandu secara jarak dekat, menghalang atau memotong dengan sengaja, melambatkan atau menghentikan kenderaan secara tiba-tiba atau melakukan tindakan agresif lainnya.

    Ini tidak hanya mengganggu dan membuatkan mangsa tertekan, tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan serius.

    Saya sendiri mengalaminya baru-baru ini, ketika memandu mengikut had laju di jalan raya yang agak lengang di laluan sebelah kiri. Namun secara tiba-tiba, datang beberapa buah kereta dari arah belakang mengikuti saya dengan jarak dekat.

    Pemandu tersebut boleh sahaja mengambil laluan sebelah kanan dan memotong saya jika hendak cepat. Bukannya berkelakuan mengancam dan seperti lagak samseng saja.

    Oleh itu, saya menyeru agar pemandu di negara kita bertimbang rasa dan jangan mementingkan diri ketika memandu.

    Dan pada pendapat saya, untuk mencegah buli jalan raya ini, mungkin para pemandu boleh memasang dashcam di kenderaan mereka agar dapat merakamkan perbuatan buli itu, kemudian melaporkannya kepada pihak berkenaan untuk diambil tindakan.

    Danny Boi

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    80 sertai forum tingkat kesedaran keselamatan jalan raya

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV -...

    ‘Elak lakukan kerosakan, kebinasaan, kecuaian di jalan raya’

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV - Khutbah...

    Bengkel selaras inisiatif tangani isu buli

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV...

    Semai nilai empati dan sikap hormat, bantu tangani buli

    KUALA LUMPUR - Ia selalunya bermula secara halus dan...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...