Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Horner tinggalkan Red Bull

    LONDON, 23 SEPT – Christian Horner secara rasmi meninggalkan Red Bull selepas dilaporkan mencapai persetujuan pampasan besar bersama pasukan Formula Satu (F1) itu, menurut pengumuman, kelmarin.

    Horner, 51, yang mengetuai Red Bull meraih lapan gelaran pemandu dan enam kejuaraan pengeluar, digugurkan daripada jawatan ketua pasukan pada Julai lalu.

    Kontraknya yang sepatutnya berlangsung sehingga 2030 kini ditamatkan, sekali gus membolehkan dia kembali ke arena F1 seawal tahun depan.

    Media Britain melaporkan Horner bakal menerima pampasan sehingga £80 juta (AS$107 juta).

    Red Bull Racing dalam kenyataan menyebut, “Oracle Red Bull Racing mengumumkan hari ini ketua pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Christian Horner, akan meninggalkan pasukan berkuat kuasa hari ini.”

    Horner berkata menerajui pasukan itu adalah suatu penghormatan dan keistimewaan.
    Ketua Pegawai Eksekutif projek korporat dan pelaburan Red Bull, Oliver Mintzlaff, turut merakamkan penghargaan kepada Horner atas sumbangan besarnya.

    Horner digugurkan daripada ‘tugas operasi’ pada 9 Julai, iaitu 17 bulan selepas dituduh oleh seorang rakan sekerja wanita atas dakwaan ‘tingkah laku tidak wajar’.

    Dia bagaimanapun dua kali dibebaskan daripada dakwaan berkenaan oleh syarikat induk pasukan, Red Bull GmbH, manakala isterinya yang juga bekas anggota Spice Girls, Geri Halliwell, terus memberikan sokongan.

    Namun, wujud tanda-tanda ketidakpuasan dalam pasukan, termasuk beberapa tokoh utama yang berundur, sementara prestasi di litar turut menurun. – AFP

    Reaksi Christian Horner di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 27 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda