Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Horschel juara WGC Match Play

    WASHINGTON, 29 MAC – Billy Horschel berjaya mengalahkan rakan senegara Amerika Syarikat (AS), Scottie Scheffler (gambar) 2&1 untuk memenangi Kejohanan WGC Match Play semalam dan meraih kejuaraan PGA AS buat kali keenam dalam kariernya.

    Horschel yang juga pernah memenangi Jelajah Kejuaraan 2014 dan playoff Piala FedEx, melakukan pukulan 43 kaki untuk memenangi par-4 lubang kelima di final dan sebelum meraih mata di lubang ketujuh dan kesembilan di Austin (Texas) Country Club untuk kemenangan itu.

    Kemenangan PGA pertama Horschel sejak mengambil acara berpasangan 2018 di New Orleans dengan rakan senegaranya, Scott Piercy muncul selepas tujuh perlawanan dalam tempoh lima hari.

    “Ia aksi yang penuh emosi, ada naik dan turun,” kata Horshcel yang mengetepikan Victor Perez 3&2 di separuh akhir semalam.

    “Saya tidak bermain dengan baik. Ia hari yang sukar. Saya berdepan dua lawan yang tidak mampu melakukan putt dan saya melakukannya, itulah perbezaan hari ini.”

    Wira tempatan, Scheffler, yang mencari gelaran pertama PGA AS dalam penampilan di WGC Match Play, akan menjadi juara termuda dalam acara itu pada usia 24 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda