TOKYO, 28 JAN – Sumo mengelak daripada berdepan jurang di puncak sukan itu buat kali pertama dalam lebih 30 tahun, kelmarin, apabila Hoshoryu, asal Mongolia, disyorkan untuk kenaikan pangkat ke peringkat tertinggi yokozuna.
Sukan Jepun purba itu menghadapi prospek yang jarang berlaku tentang kehilangan ahli gusti di peringkat master utama apabila Terunofuji, satu-satunya yokozuna yang aktif, berkata bulan ini bahawa dia akan bersara.
Kali terakhir sumo tidak mempunyai yokozuna adalah pada 1992 hingga 1993.
Bagaimanapun Hoshoryu, anak saudara kepada bekas yokozuna, Asashoryu, menggalas tanggungjawab itu apabila dia memenangi Kejohanan Utama Sumo Tahun Baharu Ahad lalu dan secara rasmi disyorkan sehari kemudian.
Atlet sumo berusia 25 tahun itu akan menjadi ahli gusti ke-74 yang mencapai darjat tertinggi dalam sejarah sukan ratusan tahun itu apabila kenaikan pangkatnya dianugerahkan, esok.
“Sampai sekarang saya masih berfikir adakah ini semua mimpi,” katanya kepada pemberita.
“Saya gembira. Saya merasa telah memberikan segala yang ada,” katanya.
Hoshoryu merangkul gelaran kedua dalam kariernya selepas memenangi kejohanan di Tokyo dalam play-off tiga penjuru selepas menamatkan dengan rekod 12-3. – AFP