Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital Al-Shifa kembali beroperasi

    BANDAR GAZA, 28 NOV – Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

    “Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital). Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan kelmarin lapor agensi Anadolu.

    Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di Bandar Gaza dan kawasan-kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.

    Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 November selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas. – Bernama

    Rakyat Palestin berjalan melintasi hospital Al-Shifa di Bandar Gaza pada 26 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda