Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital Austria didenda silap serah anak damit

    VIENNA, 13 Jun – Sebuah mahkamah Austria telah mengarahkan sebuah hospital untuk membayar 90,000 euro (AS$100,000) kerana menyerahkan anak damit kepada ibu bapa yang salah lebih dua dekad yang lalu.

    Doris Gruenwald, 26, mendapati kesilapan tersebut setelah melakukan ujian darah empat tahun lalu yang mendedahkan bahawa dia bukan anak kandung kepada Evelin dan Josed Gruenwald.

    Dia akhirnya diambil sebagai anak angkat. Anak kandung Gruenwalds masih belum ditemui.

    Mahkamah di selatan bandar Graz memutuskan kelmarin bahawa hospital itu bersalah atas kecuaian teruk dan mengarahkan ia membayar wanita berkenaan dan pasangan yang membesarkannya.

    Gunther Ledolter, peguam yang mewakili Gruenwalds, hari ini mengesahkan keputusan mahkamah dan butiran itu dilaporkan dalam media Austria.

    Hospital itu merancang untuk mengemukakan rayuan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda