Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital di UK hadapi tekanan susulan kes selesema meningkat

    MOSCOW, 8 JAN – Hospital-hospital di United Kingdom (UK) berdepan kesukaran untuk menangani kebanjiran pesakit yang tinggi akibat flu dan penyakit berjangkit lain, dengan sese-tengah pesakit terpaksa menunggu sehingga 50 jam, lapor The Times, memetik pegawai Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS), menurut Sputnik/RIA Novosti.

    Lapan hospital utama di UK mengisytiharkan situasi kritikal dalam tempoh sehari yang lalu disebabkan tekanan tambahan terhadap perkhidmatan kesihatan yang luar biasa, yang didakwa berpunca daripada tekanan disebabkan oleh flu bermusim.

    “Kakitangan barisan hadapan NHS berada di bawah tekanan yang ketara dan permintaan ini menunjukkan tiada tanda reda, dengan data terkini menunjukkan kes selesema melonjak kepada sekitar 5,000 kes sehari di hospital-hospital pada akhir tahun lalu,” kata Stephen Powis, Pengarah Perubatan Kebangsaan NHS untuk England.

    Selain itu, Royal Liverpool University Hospital mengumumkan bahawa pesakit perlu menunggu sehingga 50 jam untuk dimasukkan ke unit penjagaan kecemasan, sementara hospital-hospital di Hampshire dan Plymouth mengisytiharkan situasi kritikal akibat permintaan yang tinggi untuk rawatan intensif. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda