LONDON, 2 APRIL – Sembilan hospital universiti terkenal di Eropah mengingatkan mereka akan kehabisan ubat penting yang diperlukan oleh pesakit COVID-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) dalam masa kurang dua minggu kerana mereka semakin dibebani oleh pandemik itu. Gabungan Hospital Universiti Eropah berkata tanpa negara yang bekerjasama untuk memastikan bekalan ubat, doktor dan jururawat mungkin