Pelaburan 2 bilion THB dalam kecemerlangan pediatrik dan inovasi hospital pintar
Bangkok, Thailand – Hospital Samitivej peneraju dalam penjagaan pediatrik, memperkenalkan Hospital Kanak-kanak Antarabangsa Samitivej yang diperluas di Hospital Samitivej Srinakarin.
Dengan sokongan pelaburan sebanyak 2 bilion THB, pengembangan ini mengukuhkan komitmen Samitivej untuk menjadi Hab Rujukan Pediatrik Terkemuka di Asia Pasifik, menyediakan rawatan khusus, terapi inovatif dan penyelarasan perubatan yang lancar.

Fasiliti yang dipertingkatkan ini merawat pesakit dari Thailand dan luar negara, serta meraih reputasi kukuh di Vietnam, Laos, Kemboja, Indonesia, Brunei, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Oman dan Qatar, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam penjagaan kesihatan global.
Merevolusikan Penjagaan Pediatrik dengan Rawatan Canggih
Hospital Kanak-kanak Antarabangsa Samitivej menetapkan standard baharu dalam kecemerlangan pediatrik dengan menawarkan rawatan canggih untuk penyakit kompleks dan jarang berlaku:
- Pembedahan Jantung Terbuka hingga Kateterisasi Minimal Invasif – Rawatan lengkap untuk masalah jantung sejak lahir, memastikan pemulihan lebih pantas.
- Pemindahan Sumsum Tulang Haploidentikal (BMT) hingga Terapi Sel CAR-T – Rawatan terkini bagi gangguan darah dan kanser.
- Pembedahan Pediatrik dan Anak Damit yang Menyeluruh – Pakar dalam prosedur pembedahan dari hujung kepala hingga kaki, diketuai oleh doktor-doktor pakar
- Rawatan Epilepsi dari Ubat hingga Implan Vagus Nerve Stimulation (VNS) – Penyelesaian bagi epilepsi yang rintang ubat.
Meningkatkan Kecemerlangan Pediatrik dengan Fasiliti Canggih
Hospital baharu lapan tingkat ini menempatkan sebanyak 111 katil, termasuk 12 katil untuk kanak-kanak kritikal dan lapan katil rawatan rapi anak damit.
Ia menggabungkan teknologi Hospital Pintar untuk meningkatkan kecekapan dan penjagaan berpusatkan pesakit.
Ciri utama termasuk:
- Bilik Pembedahan Hibrid – Prosedur pembedahan anak damit dan kanak-kanak yang lebih tepat dengan teknologi pengimejan biplane.
- Pakar Pediatrik Bertaraf Dunia – Pasukan multidisiplin yang merawat keadaan kompleks dan jarang berlaku.
- Rawatan Rapi Anak Damit & Pediatrik Terkini – Penjagaan khas untuk anak damit pramatang seberat kurang daripada 500 gram.
- Pusat Pemulihan Canggih – Latihan berjalan berbantu robot, terapi Hybrid Assistive Limb (HAL) dan sistem Redcord NEURAC.
- Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa yang Komprehensif – Tele konsultasi sebelum ketibaan, pengangkutan aeroperubatan, pasukan perubatan pelbagai bahasa, janji temu susulan, serta pemindahan dan pemulangan perubatan.
Perkongsian Global & Kepakaran Perubatan
Samitivej bekerjasama dengan Hospital Kanak-kanak Doernbecher (OHSU, AS) untuk meningkatkan penjagaan bagi kanak-kanak kritikal, anak damit dan pesakit trauma. Kerjasama dengan Hospital Awam Takatsuki (Jepun) pula memastikan rawatan khas neonatal dan alahan, memberikan akses kepada kemajuan pediatrik terkini.
Menerajui Inovasi Hospital Pintar
Samitivej mengetuai penjagaan kesihatan, mengintegrasikan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti penjagaan:
- Aplikasi Well Kidz – Mengurus rekod perubatan, janji temu dan konsultasi jarak jauh.
- Perkhidmatan Pintar ER & Ambulans – Pemantauan masa nyata untuk tindak balas kecemasan yang pantas.
- OPD & IPD Pintar – Anggaran kos berasaskan AI, penjejakan giliran dan komunikasi lancar antara pesakit dan pasukan perubatan.
- Sistem D-Discharge – Proses discaj hospital yang lebih mudah dan pantas.
Kejayaan dan Hasil Cemerlang dalam Pediatrik
Samitivej terus mencapai keputusan luar biasa:
- Merawat lebih 7,000 kes pediatrik kritikal setiap tahun
- Menjalankan lebih 1,000 pembedahan anak damit dan pediatrik, termasuk prosedur minima invasif
- 92% kadar kelangsungan hidup setahun bagi pemindahan sumsum tulang, melebihi penanda aras global
- Lebih 400 anak damit dengan masalah jantung berjaya dirawat melalui pembedahan pembetulan
- Penjagaan khas untuk anak damit pramatang seberat kurang daripada 500 gram
- 98% kadar kepercayaan daripada keluarga pesakit
Komitmen terhadap Masa Depan Lebih Sihat untuk Setiap Kanak-kanak
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Samitivej dan BNH serta Pengarah Hospital Kanak-kanak Antarabangsa Samitivej, Dr Surangkana Techapaitoon mengatakan pihak mereka mahu melihat masa depan yang lebih sihat bagi setiap kanak-kanak dengan menggabungkan inovasi, kepakaran bertaraf dunia dan penjagaan penuh kasih sayang.
“Kemudahan ini memperkukuh peranan kami sebagai hab rujukan pediatrik terkemuka, memperluaskan akses kepada rawatan khusus dan memastikan kanak-kanak di seluruh dunia menerima penjagaan terbaik dari lahir hingga dewasa,” ujarnya.