Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital Medan Kedua Jordan di Gaza mula beroperasi

    AMMAN, 28 NOV – Hospital Medan Kedua Jordan di selatan Semenanjung Gaza mula menerima pesakit dan pelawat serta menyediakan perkhidmatan perubatan dan terapeutik, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

    “Hospital ini dibina mengikut perintah diraja untuk memenuhi keperluan penduduk Gaza,” kata komander hospital medan itu.

    Beliau berkata kemudahan yang dibangunkan sebagai tambahan kepada hospital sedia ada itu bertujuan untuk meringankan penderitaan penduduk di Gaza.

    Selain mempunyai petugas perubatan yang berkemahiran, hospital itu turut dilengkapi dengan teknologi dan peralatan terkini, katanya. 

    Hospital itu merangkumi jabatan untuk penjagaan kecemasan, perubatan am, unit rawatan rapi (ICU), kesihatan lelaki dan wanita, penjagaan bayi pramatang, obstetrik dan ginekologi, makmal, farmasi, radiologi dan bilik pensterilan.

    Selain itu, hospital berkenaan mempunyai 41 katil dan dua bilik bedah khusus untuk kes pembedahan kecemasan. – Bernama

    Penduduk Palestin yang dipindahkan akibat pengeboman Israel di Semenanjung Gaza, memasuki khemah sementara berhampiran Hospital al Aqsa di Deir al Balah, Semenanjung Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda