Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital PMMPMHAMB terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 22 OGOS – Petugas-petugas barisan hadapan COVID-19 di Daerah Tutong terus diberikan sokongan apabila Jabatan Daerah Tutong menyampaikan sumbangan berupa 1,200 pelitup muka dan 2,000 sarung tangan, kelmarin.

    Penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajmin bin Haji Meludin kepada wakil pihak Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB)Tutong, di Ruang Legar Jabatan Daerah Tutong.

    Selain daripada pelitup muka dan sarung tangan, turut disumbangkan ialah pelbagai barangan makanan dan minuman sumbangan daripada beberapa buah majlis perundingan kampung di daerah tersebut.

    Awang Ajmin menyampaikan sumbangan kepada wakil Hospital PMMPMHAMB, Tutong di Ruang Legar Jabatan Daerah Tutong, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda