Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital RIPAS anjur majlis kesyukuran sempena Puja Usia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Sempena Sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Nuurul ‘Inayah, hospital berkenaan hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Surah Yasin serta Doa Kesyukuran sempena sambutan berkenaan. Seterusnya, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Pegawai Pelajaran, Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital RIPAS, Ustaz Ahmad Syuja’ie bin Begawan Mudim Haji Metassim.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff; ketua-ketua jabatan dan para pegawai serta kakitangan Hospital RIPAS.

     Semua di atas: Antara suasana semasa majlis kesyukuran tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda