Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital RIPAS perlukan bekalan darah segera

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada masa ini memerlukan semua jenis darah dengan segera memandangkan bekalan di hospital itu di tahap kritikal.

    Oleh itu, bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan bagi sama-sama meningkatkan bekalan darah untuk kegunaan semua hospital di negara ini.

    Orang ramai yang ingin menderma darah boleh berkunjung terus ke pusat tersebut dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan juga akan mengadakan kempen derma darah di Bilik Silaturrahim, Bay 1, Print Plus Sdn Bhd, Lapangan Terbang Lama, Berakas anjuran Print Plus Sdn Bhd, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari esok Pada 28 Januari, kempen akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Membeli-belah Mabohai anjuran kompleks berkenaan bermula 10 pagi hingga 3 petang. Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 / 6001 / 6002 atau melalui talian WhatsApp 8775745 atau 7375745 atau dengan menghantar e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan mengikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda