Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital RIPAS sambut ulang tahun ke-35

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) ke-35, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan, Hospital RIPAS di ibu negara ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar. Majlis lewat petang tadi didahului dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Awang Mohd Emmarul bin Haji Azamain sebelum acara khatam Al-Quran dan kemudian diakhiri dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah. Majlis Khatam Al-Quran petang tadi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham. Majlis tersebut diadakan untuk memberi galakan dan dorongan kepada para pegawai dan kakitangan untuk sama-sama menyemarakkan dan meraikan Sambutan Ulang Tahun Hospital RIPAS yang ke-35 dengan membaca Al-Quran untuk mendapatkan keredaan dan kerahmatan Allah SWT.

    Turut hadir pada acara tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, Haji Abdul Manap bin Othman; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Haji Maswadi bin Haji Mohsin; para pengarah beserta pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika menghadiri majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda