SINGAPURA, 30 APRIL – Empat wad ditutup di sebuah hospital di Singapura selepas kes koronvirus dikesan, kata pihak berkuasa hari ini, wabak yang jarang terjadi di sebuah negara yang sebahagian besarnya berjaya mengawal penularan virus.
Selepas melaksanakan perintah berkurung dan pengujian virus secara ketat, negara itu hampir berjaya mengekang sepenuhnya wabak tersebut, dengan pihak berkuasa dalam beberapa bulan kebelakangan ini melaporkan hampir tidak ada kes jangkitan tempatan.
Tetapi terdapat 16 kes jangkitan kelmarin – jumlah harian tertinggi sejak Julai tahun lalu – dan sembilan lagi hari ini. Sebanyak 13 kes dikaitkan dengan jangkitan di Hospital Tan Tock Seng, di mana seorang jururawat Filipina yang telah diberi vaksin sepenuhnya adalah yang pertama mengalami dan melaporkan gejala awal minggu ini. – AFP